Ujian Getaran
Masa Ujian
5 minit
Corak Getaran
Corak Tersuai
Berterusan
Mula/Henti
Mulakan ujian

Sedang diuji...
Maklumat Lanjut Mengenai Halaman Ini:
Mengapa saya perlukan alat ini?
- Anda mungkin sedang cuba memastikan bahawa getaran pada peranti anda berfungsi dengan baik, terutamanya jika ia baru-baru ini tidak berfungsi dalam aplikasi lain.
- Anda boleh menguji pelbagai corak getaran untuk melihat yang mana paling sesuai digunakan dalam aplikasi yang sedang anda bangunkan.
- Ada desas-desus mengatakan bahawa sesetengah orang menggunakan ujian ini untuk tujuan hiburan tertentu, dan jika anda berbuat demikian, kami sama sekali tidak akan menghakimi anda.
Ujian tidak berfungsi. Apa perkara pertama yang perlu saya semak?
Pastikan telefon anda tidak berada dalam mod senyap. Sekiranya berada dalam mod "Getar" ia masih boleh digunakan, tetapi jika telefon anda dalam mod "Senyap", "Bisu" atau "Jangan Ganggu", ujian ini tidak akan berfungsi.
Bagaimana jika ia masih tidak berfungsi?
Kami telah cuba untuk memastikan ujian yang ini boleh berfungsi pada semua peranti, samada daripada iPhone ke Android dan pelbagai jenis tablet. Jika peranti anda tidak berada dalam mod senyap tetapi alat ini masih tidak berfungsi, sila hubungi kami.
Saya tetapkan masa ujian yang lama tetapi getaran berhenti selepas beberapa saat. Kenapa?
Kebanyakan telefon mengehadkan getaran berterusan kepada hanya beberapa saat. Begitu juga, walaupun untuk tetapan mula/berhenti, ia akan dihadkan oleh sesetengah telefon atau tablet kepada sekitar 1-2 minit.
Apa fungsi mod-mod yang berbeza?
- "Berterusan" bermaksud ia menghasilkan satu getaran panjang berdasarkan masa ujian yang ditetapkan di atas. Perhatikan bahawa banyak telefon tidak membenarkan getaran yang terlalu panjang dan akan menghentikannya selepas beberapa saat.
- "Mula/Henti" tetapan ini akan berselang antara 1 saat getaran dan 1 saat berhenti untuk sepanjang tempoh ujian.
- "Tersuai" mod ini juga berselang antara getaran dan berhenti, tetapi anda boleh menetapkan sendiri tempoh getaran dan tempoh berhenti tersebut.
Adakah terdapat ujian lain untuk telefon mudah alih saya di laman web ini?
Ya. Lihat ujian-ujian kami: