Cermin Dalam Talian
16.3
Benarkan akses untuk cermin di bahagian atas halaman, dan anda seharusnya dapat melihat cermin pada skrin anda!
- Sedang membuat persediaan untuk tarikh penting?
- Tertanya-tanya jika ada sesuatu pada gigi anda?
- Ada temu duga kerja besar dalam masa terdekat?
- Adakah anda perlu baiki solekan anda?
- Sekarang, anda boleh gunakan cermin dalam talian kami!
Privasi Anda Penting Kepada Kami
Cermin kami menggunakan kamera pada telefon atau komputer anda untuk memaparkan wajah anda, tetapi semua yang berlaku - hanya berlaku pada sisi anda, iaitu dalam telefon atau komputer anda.
Ini bermaksud kami tidak dapat dan tidak boleh merakam anda atau melihat anda dalam apa jua cara.
Pencarisilapan
- Kamera pada telefon atau komputer anda mesti berkerja untuk cermin ini untuk berfungsi
- Pastikan anda mengesahkan mesej 'benarkan akses' di bahagian atas skrin anda
Bagaimana Ia Berfungsi?
Cermin dalam talian hanya memaparkan suapan yang datang dari kamera telefon anda (jika anda menggunakan telefon) atau kamera web komputer anda (jika anda menggunakan komputer).
Ia bukanlah cermin yang sebenar dari segi optik kerana imej anda pada mulanya akan ditukar kepada data dan hanya setelah itu diunjurkan kembali kepada anda - tidak seperti cermin biasa di mana pantulan cahaya dipantulkan kembali kepada anda. Ia cuma diprogramkan untuk berkelakuan seperti cermin biasa.
Bagaimanakah cermin ini berbeza dari laman ujian kamera web?
Kedua-dua halaman ini melakukan perkara yang hampir sama: kedua-duanya memaparkan suapan dari kamera web atau kamera telefon anda.
Halaman ini bagaimanapun, membalikkan imej yang datang dari kamera anda secara mendatar, supaya pantulan pada skrin akan mengikuti anda, dan bukannya memberikan pantulan dari arah yang bertentangan – sama seperti apa yang berlaku pada cermin biasa. Inilah satu-satunya perbezaan antara kedua-dua perkakasan ini.
Siapa yang memerlukan cermin atas talian!?
Itu soalan yang selalu kami terima dari orang ramai. Sesetengah orang memang memerlukannya, disebabkan itulah halaman ini mempunyai pelawat!.
Saya dapati cermin percuma ini berguna sewaktu saya ingin melihat diri saya sendiri tetapi tidak membawa telefon bimbit bersama saya. Sesetengah orang akan membawa cermin solek di dalam beg mereka, tetapi aplikasi ini dapat membolehkan mereka melihat diri mereka dengan lebih mudah dalam imej yang lebih besar.
Dan ya, walaupun anda mempunyai telefon anda bersama anda, anda masih boleh menggunakan kamera ini! Saya rasa ini lebih menyeronokkan ;)
Mengapa cermin dalam talian kelihatan buruk dan kabur dalam suasana cahaya yang rendah?
Hujahan saya tentang ini adalah cermin biasa juga sukar untuk dilihat dalam cahaya malap, tetapi walaupun agak sukar untuk melihat diri anda pada cermin dalam cahaya malap, imej yang dihasilkan masih kelihatan “ tajam”.
Harus dingat, ini adalah bukan cermin biasa: ia berfungsi melalui kamera. Dan jika anda tahu serba sedikit tentang kamera, maka anda pasti tahu bahawa kamera juga sukar untuk mengambil gambar dalam keadaan cahaya rendah.
Dalam keadaan ini, kamera tidak dapat tahu imej mana yang perlu difokuskan, dan akan terdapat banyak “ bunyi” (piksel-piksel kecil yang hodoh) dihasilkan dalam imej kerana sensor kamera biasanya memerlukan banyak cahaya. Jadi itulah apa yang berlaku di sini. Tingkatkan cahaya di sekeliling anda akan dapat memperbaiki masalah ini.