Penala Viola

Pin
Tune Up
Tune Down
Press Play Pluck a String All Tuned Up! Permission Required

Cara menggunakan penala ini:

  • 1
    Klik pada butang ‘Main' (Play) yang berwarna oren.

  • 2
    Klik ‘benarkan’ jika anda melihat tetingkap timbul meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon anda.

  • 3
    Petik/gesek tali yang anda ingin tala, Kebanyakan pemain viola cenderung untuk bermula dengan tali C (C3) yang rendah. Laraskan penalaan ke atas/bawah menggunakan penala halus viola anda sehingga bulatan oren dan kelabu bertindih dan not yang anda ingin tala dipaparkan dalam kotak penala.

  • 4
    Jika tali yang anda petik dibaca sebagai not yang sama sekali berbeza daripada yang anda ingin tala, gunakan pasak penala viola anda untuk menalakannya secara perlahan-lahan kepada not yang dikehendaki. Selepas ini, ulangi langkah 3 untuk memperhalusi ia ke not yang dikehendaki.

  • 5
    Sekarang tala tali anda yang lain mengikuti langkah 3 dan 4.

  • 6
    Selepas menala semua tali individu, semak semua tali sekali lagi, ini kerana apabila kita menala sesuatu tali, kadangkala ia akan mempengaruhi nada tali lain.

  • 7
    Selamat menala!

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.

    Ketahui lebih lanjut mengenai penalaan viola:

    Apa itu viola?

    Viola adalah alat bertali yang lebih besar sedikit dan lebih dalam daripada biola. Viola boleh dianggap sebagai anak tengah dalam keluarga biola, bunyi alto-nya yang lunak berada di antara biola, yang ditala per-5 ke atas, dan selo, yang ditala seluruh oktaf ke bawah.

    Apakah penalaan viola?

    Viola mempunyai empat tali, penalaan standard viola ialah: C3 G3 D4 A4 (tali terendah hingga tertinggi) jadi ia mempunyai tali G3, D4 dan A4 yang sama seperti biola, dengan pengurangan tali E5 yang tinggi dan penambahan tali C3 yang lebih rendah.

    Penala kami ditetapkan kepada penalaan viola standard ini, namun jika anda ingin menala ke mana-mana kombinasi not lain, anda boleh menggunakan Pengesan Pic kami.

    Untuk penala bagi instrumen lain, klik di sini.

    Apakah perbezaan antara biola dan viola?

    Viola berkongsi banyak persamaan dengan biola dan oleh itu amat jelas sekali yang ia mudah untuk dimainkan jika anda seorang pemain biola, walaupun begitu, ia mempunyai beberapa ciri permainan yang unik yang mungkin tidak biasa bagi pemain biola, jadi ia bukanlah sekadar sebuah biola yang besar!

    Seperti yang telah kita bincangkan, penalaan viola adalah berbeza, jadi anda perlu mempelajari kedudukan jari yang baru. Viola juga mempunyai klef tersendiri, iaitu “Klef Alto”, jadi anda perlu belajar cara membaca muzik ini!

    Memainkan viola memerlukan teknik tundukan yang berbeza, seperti menggunakan berat lengan anda dan bukannya daya lengan untuk mencapai melodi yang baik. Selain itu, biola memerlukan lebih sedikit tenaga fizikal untuk dimainkan berbanding biola, kerana ia lebih berat dan lebih panjang, jadi anda perlu meregangkan jari anda lebih jauh merentasi papan jari bagi mendapatkan kord yang berbeza dan melakukan ayunan dua kali lebih lebar untuk mendapatkan vibrato yang baik.

    Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelebihan dalam bermain viola berbanding dengan biola. Sama seperti selo, adalah lebih mudah untuk mendapat nada yang baik pada permulaan mempelajari viola kerana not-notnya berada dalam daftar yang lebih rendah (mudah-mudahan anda tidak akan mendapat bunyi nyaring seperti kucing sepertimana yang selalu terjadi pada biola!). Mendapatkan harmoni pada Viola juga lebih mudah, ini kerana talinya yang lebih panjang memberi anda lebih ruang untuk melakukan ralat apabila memainkan not.

    Apakah penala halus dan adakah saya perlu menggunakannya pada viola saya?

    Penala halus adalah skru logam kecil yang terletak pada ekor viola anda, yang mana anda boleh menggunakannya untuk membuat pelarasan mikro pada pic tali anda, ini merupakan cara yang lebih tepat dan mudah untuk menala instrumen anda berbanding dengan hanya menggunakan pasak penala.

    Memandangkan penala halus boleh menala hanya beberapa not ke atas atau ke bawah, tali juga tidak mudah putus apabila anda menggunakannya untuk menukar pic. Ini sangat membantu terutamanya jika anda seorang pemain baru, kerana jika anda terus menerus memutarkan pasak anda, nada boleh lari sepenuhnya, atau lebih teruk lagi, tali boleh putus sepenuhnya.

    Semakin anda mempunyai lebih banyak pengalaman menggunakan pasak penala viola anda, anda boleh memilih untuk mengalih keluar penala halus anda daripada semua tali atau hanya pada tali tertentu di instrumen anda, tetapi itu bergantung pada pilihan peribadi masing-masing.