Penala Ukulele

Pin
Tune Up
Tune Down
Press Play Pluck a String All Tuned Up! Permission Required

Bagaimana untuk menggunakan penala ini?

  • 1
    Tekan butang ‘Main' (Play button).
  • 2
    Klik ‘benarkan’ jika anda melihat tetingkap timbul meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon anda.
  • 3
    Petik tali yang anda ingin tala dan laraskan penalaan ke atas/bawah sehingga not dalam bulatan kelabu adalah sama dengan tali yang anda ingin tala.
  • 4
    Kemudian, laraskan pasak penalaan ukulele anda perlahan-lahan, dan petik tali sekali lagi. Lakukan ini sehingga bulatan jingga sejajar dengan bulatan kelabu. Sekarang tali anda telah ditala!
  • 5
    Sekarang tala tali anda yang lain dengan menggunakan proses yang sama.
  • 6
    Selamat menala!

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (iaitu mikrofon yang tidak terbina dalam komputer anda) periksa sama ada ia telah disambungkan ke input port USB dengan kukuh.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “ MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan mengenai masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza sila lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan pelayar yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.

    Ketahui lebih lanjut mengenai penalaan Ukulele:

    Apakah 4 jenis ukulele yang berbeza, dan apakah penggunaannya?

    Jenis ukulele yang biasa ditemui ialah:

    1. Ukulele Soprano adalah jenis yang paling biasa dimainkan dan juga yang terkecil. Dengan ukuran skala pendek 21”, model ini mempunyai pic yang lebih tinggi daripada ukulele lain. Ukelele jenis ini biasanya mempunyai 12-15 fret dan biasanya ditala ke not gCEA.

    2. Ukulele Konsert adalah lebih besar sedikit dengan panjang kira kira 23” dan mempunyai 14-17 fret. Ukulele ini menghasilkan bunyi yang lebih kuat dan lebih bulat daripada soprano. Jarak fret yang lebih besar menjadikannya lebih mudah untuk dimainkan juga. Ukulele jenis ini biasanya ditala ke gCEA.

    3. Ukulele Tenor adalah lebih besar, dengan panjang dalam 26” dan mempunyai lebih daripada 19 fret. Ini menghasilkan bunyi yang kaya dan penuh dan biasanya digunakan oleh artis persembahan. Ukelele ini boleh ditala kepada gCEA atau GCEA.

    4. Ukulele Baritone mempunyai panjang skala melebihi 30”, dan ditala dalam DGBE - serupa dengan empat tali terakhir gitar. Ini memberikannya bunyi yang dalam dan bergema dengan bes yang dipertingkatkan. Sangat popular di kalangan pemain gitar kerana penalaan yang serupa. Penalaan ini juga dirujuk sebagai ‘Penalaan Chicago’.

    Apakah ukulele bes?

    Ukuleles bes secara asasnya ialah gitar bes akustik yang kecil yang diadaptasi daripada ukulele bariton. Ukulele ini menggunakan tali poliuretana, yang boleh ditala pada oktaf yang sama seperti gitar bes - E1, A1, D2, G2. Tali poliuretana mempunyai bunyi yang serupa dengan bes tegak, yang menjadikannya semakin popular di kalangan pemain bes.

    Apakah jenis ukulele yang boleh digunakan dengan alat penalaan ini?

    Mana-mana jenis ukulele boleh digunakan dengan alat penalaan ini, dan ia menyokong 3 jenis penalaan standard:

    • Kemasukan semula (Re-entrant) - gCEA

    • G rendah (Low G) - GCEA

    • Bariton (Baritone) - DGBE

    • Jika anda ingin menala dengan penalaan bukan standard, anda boleh menggunakan alat pengesan pic kami.

    Apakah penalaan ukulele standard mengikut jenis Ukulele?

    Penalaan ukulele standard untuk ukulele yang lazim digunakan ialah:

    Jenis Ukulele Penalaan Umum
    SopranoG4 C4 E4 A4 (gCEA)
    Konsert (Concert)G4 C4 E4 A4 (gCEA)
    TenorG4 C4 E4 A4 (gCEA) or,

    G3 C4 E4 A4 (GCEA)
    Bariton (Baritone)D3 G3 B3 E4 (DGBE)

    Apakah penalaan alternatif yang ada?

    Sesetengah pemain ukulele lebih suka kepada penalaan alternatif untuk memberikan kualiti nada yang berbeza kepada bunyi mereka. Beberapa jenis variasi penalaan alternatif umum ialah:

    1. Penalaan D: Di sini, tali ukulele ditala kepada A4–D4–F♯4–B4. Ini adalah satu langkah lebih tinggi daripada gCEA dan mempunyai bunyi yang lebih merdu. Ia sangat popular dalam muzik Hawaii.

    2. Penalaan Kanada: A3–D4–F♯4–B4. Ini ialah variasi kepada penalaan D, dengan tali keempat ditala satu oktaf lebih rendah.

    3. Penalaan Bes: Ukulele bes ditala kepada E1–A1–D2–G2 menggunakan tali poliuretana. Ini membolehkan ukulele berbunyi seperti kontrabes (contrabass).

    4. Penalaan Sopranino: D5–G4–B4–E5. Ini adalah satu lagi penalaan jenis kemasukan semula yang digunakan pada ukulele soprano, iaitu ukulele yang kecil dan mempunyai skala panjang 11 inci. Ini menghasilkan tonaliti yang sangat merdu dan bernada tinggi.

    5. Penalaan A#/Bb: F4-A#3-D4-G4. Penalaan ini dicapai dengan mengambil satu langkah keseluruhan yang lebih rendah daripada gCEA standard. Ini berguna untuk lagu tertentu dengan warna suara yang lebih rendah.

    Apakah kaedah lain untuk menala selain menggunakan alat dalam talian ini?

    Anda boleh menala ukulele menggunakan pelbagai alatan:

    1. Penala berasaskan getaran: Penala ini mengukur getaran yang dihasilkan oleh tali. Mereka akan klip kepala ukulele dan menggunakan sensor piezo untuk mengukur getaran di dalam kayu apabila anda memetik tali. Penala ini sangat tepat dan mampu milik.

    2. Penala berasaskan mikrofon: Penala ini menggunakan mikrofon untuk menangkap bunyi ukulele dan kemudian menentukan picnya melalui algoritma. Penala ini sangat lazim digunakan dan boleh didapati sebagai penala klip, apl telefon mudah alih, apl web dan banyak lagi.

    3. Dengan Telinga: Menala dengan telinga adalah sukar dan tidak disyorkan untuk pemain baru, tetapi ini adalah cara terbaik untuk melatih telinga anda mendengar muzik dan meningkatkan pemahaman anda tentang pic. Anda boleh menyemak panduan kami di bawah tentang cara menala ukulele anda dengan telinga.

    Bagaimana untuk Menala Ukulele Anda dengan Telinga?

    Penalaan ukulele secara relatif yang dilakukan dengan telinga adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengesanan pic dan keupayaan muzik anda. Untuk menala ukulele anda dengan telinga, kita mesti terlebih dahulu menganggap satu tali telah ditalakan dengan sempurna. Mari kita anggap tali ini sebagai tali ‘A’.
    Sebagai latihan, kami mengesyorkan anda menala tali ‘A’ melalui penala dalam talian kami, dan kemudian mengikuti langkah-langkah berikut:

    1. Mulakan dengan memetik tali E dengan jari anda pada fret ke-5, yang sepatutnya menjadi not A. Petik tali A dan tali E secara bergilir. Laraskan pasak penalaan pada tali E sehingga ia berbunyi sama dengan tali A.

    2. Kemudian letakkan jari anda pada fret ke-4 bagi tali C - not ini sepatutnya E. Petik tali C dan tali E, dan tala tali C sehingga bunyinya sama dengan tali E.

    3. Sekarang letakkan jari anda pada fret ke-2 bagi tali G. Not ini sepatutnya A. Petik tali G dan tali A secara bergantian, dan tala tali G sehingga bunyinya sama dengan tali A.

    Anda boleh bermula dengan sebarang tali dan diikuti dengan penalaan tali yang lain. Sebagai rujukan, berikut ialah fret untuk dimainkan semasa menyemak sama ada ukulele anda berada dalam nada yang betul:
    G - Fret ke-2 (yang sama dengan A)
    C - Fret Ke-4 (yang sama dengan E) dan Fret ke-7 (yang sama dengan G)
    E - Fret Ke-3 (yang sama dengan G) dan Fret ke-5 (yang sama dengan A)

    Keliru? Tonton video ini untuk lebih memahami proses ini.

    Jika anda ada rakan yang mempunyai instrumen lain, anda boleh cuba menala bersama mereka. Hanya minta mereka mainkan not yang sama dengan anda dan laraskan penalaan sehingga anda berdua mendapat bunyi yang sama dan bersalunan (resonate). Kaedah ini sangat menyeronokkan terutamanya apabila bermain muzik bersama pemain gitar dan keyboard.

    Apakah yang harus dilakukan jika anda tidak dapat membuat Ukulele anda berada dalam nada yang betul?

    Jangan risau, Ukelele sememangnya dapat lari dari nada yang betul pada bila-bila masa, sama seperti instrumen bertali yang lain. Ini berlaku apabila ketegangan di antara tali-talinya berubah kerana faktor luaran. Ukulele yang berkualiti tinggi jarang lari dari nada kerana mereka mempunyai binaan yang lebih baik dengan pasak penalaan yang lebih kukuh. Berikut terdapat beberapa tip untuk membuatkan ukulele anda berada dalam nada yang betul dalam tempoh waktu yang lebih panjang:

    • Setelah menala Ukulele dengan sempurna, regangkan tali-talinya. Tarik tali- talinya kearah anda beberapa kali, dan lepaskan kembali ke kedudukan asal. Ulang proses ini semasa menala tali bagi menetapkan ketegangan yang betul.

    • Jika ukelele anda mempunyai tali yang lama, pertimbangkan untuk menukar tali dan jika boleh dapatkan set yang premium. Tali yang baik dapat bertahan lebih lama dan ia berkemungkinan tinggi dapat mengekalkan ketegangan dan berada dalam nada yang betul.

    • Simpan Ukulele dengan cermat apabila ia tidak digunakan. Suhu dan kelembapan yang turun naik adalah antara sebab utama mengapa ukelele tidak berada dalam nada yang betul (out of tune).

    • Dan akhir sekali, jika ukuele anda masih tidak dapat ditala dengan betul, pertimbangkan untuk mendapatkan model yang lebih baik dengan penala berkualiti tinggi. Jika model yang anda ada sudah cukup baik, anda boleh tukar pasak penalaan dengan yang baru.