Penala Selo

Pin
Tune Up
Tune Down
Press Play Pluck a String All Tuned Up! Permission Required

Cara menggunakan penala ini:

  • 1
    Klik pada butang ‘Main' (Press Play).

  • 2
    Klik ‘benarkan’ jika anda melihat tetingkap timbul meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon anda.

  • 3
    Petik atau gesek tali terendah anda. Ini perlu ditala kepada not C. Tegangkan/longgarkan tali anda perlahan-lahan menggunakan sama ada penala halus atau pasak penala, dan perhatikan sehingga bulatan oren dan kelabu dalam kotak penala bertindih dengan sempurna – sekarang tali anda berada dalam nada yang betul!

  • 4
    Ulangi proses ini untuk 3 baki tali selo anda. Dari rendah ke tinggi, tali anda seharusnya ditala kepada: C, G, D, A.

  • 5
    Setelah semua tali anda ditala – Semak kesemuanya sekali lagi! Gunakan penala halus anda untuk membuat pelarasan kecil mengikut keperluan.

  • 6
    Sekarang selo anda seharusnya telah berada dalam nada yang betul dan anda sudah sedia untuk bermain!

  • *Terdapat 2 cara untuk menala selo: Jika selo anda hanya sedikit lari dari nada, gunakan penala halus anda (tombol kecil di bawah tali anda) untuk mendapatkan pic yang betul bagi setiap tali. Jika selo anda benar-benar lari dari nada, lakukan penalaan secara beransur-ansur dengan menggunakan pasak penala anda (cuba untuk tidak memutarnya lebih daripada satu perempat pusingan pada satu-satu masa, jika tidak, anda boleh memutuskan tali).

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.

    Ketahui lebih lanjut mengenai penalaan selo:

    Apa itu selo?

    • Selo ialah alat muzik bertali yang dicipta di Itali pada abad ke-16 yang pada mulanya berfungsi seakan-akan biola. Selo pertama, atau yang dikenali sebagai "biola bes", jauh lebih besar daripada selo moden, memandangkan pada waktu itu, adalah lebih sukar untuk menghasilkan not yang lebih dalam tanpa menjadikan instrumen itu sendiri lebih besar.

      Pada abad ke-18, Antonio Stradivari (yang lebih dikenali sebagai Stradivarius) telah membangunkan dan mempopularkan selo yang lebih kecil yang menjadi saiz selo standard sepertimana yang kita ada pada hari ini. Selo ini menjadi popular dengan cepat di kalangan pemuzik dan komposer, dan menjadi antara instrumen terpenting dalam orkestra di seluruh dunia.

      Sejak berabad yang lalu, selo telah melalui banyak transformasi, dan beradaptasi mengikut peredaran landskap muzik, dan telah ditonjolkan dalam beberapa karya klasik yang sangat terkenal di kalangan pemuzik seperti Bach, Shostakovich dan Beethoven. Tetapi penggunaan selo bukan sahaja terhad kepada muzik klasik, sejak 100 tahun yang lalu, pemain selo telah mencuba pelbagai teknik baharu, mengembangkan seberapa banyak peranan ekspresif yang mungkin bagi instrumen ini dan menceburi genre baharu seperti jazz, rock, dan pop.

    Apakah julat bunyi selo?

    • Bersama-sama dengan oboe dan klarinet, selo sering diperkatakan sebagai salah satu alat muzik yang paling mirip dengan suara manusia. Walau bagaimanapun, kami berpendapat ia sebenarnya lebih baik - kerana ia mempunyai julat bunyi yang lebih luas daripada mana-mana manusia, dan boleh bertindak sebagai bes dan soprano sekaligus! Not terendah yang boleh anda mainkan pada selo ialah C2 (yang mencatatkan frekuensi 65.4 Hz) manakala yang tertinggi ialah A5 (880 Hz), cuba capai dua frekuensi ini ketika anda menyanyi di bilik mandi nanti!

    Apakah penalaan selo?

    Selo mempunyai empat tali yang yang biasanya ditala dalam perlima sempurna, iaitu dari rendah ke tinggi : C2, G2, D3, A3.

    Penalaan selo standard ini ialah apa yang ditetapkan pada penala selo kami, tetapi jika anda ingin menala ke penalaan selo alternatif, anda boleh cuba menggunakan penala kromatik kami untuk menala selo anda ke mana-mana pic yang anda suka.

    Fakta Menarik: Selo ditala dalam selang yang sama seperti viola, walau bagaimanapun viola ditala satu oktaf lebih tinggi - jadi jika anda seorang pemain selo yang ingin mencuba instrumen lain, viola akan menjadi instrumen yang sangat mudah untuk dikuasai.

    Bagaimanakah saya boleh menala selo saya dengan pasak penalanya?

    Jika selo anda hanya sedikit lari dari nada, kami menasihatkan anda untuk menggunakan penala halus anda kerana ia lebih mudah untuk ditala dengan tepat. Jika selo anda benar-benar lari dari nada, gunakan pasak penala anda.

    Apabila menala selo anda dengan pasaknya, adalah menjadi amalan yang baik untuk melonggarkan tali anda beberapa semiton sebelum anda mengetatkannya, jadi untuk tali C2 terendah anda, mula-mula turunkan tali ini ke A2 atau B2. Lakukan ini perlahan-lahan, hanya pusing secara beransur-ansur, paling banyak seperempat pusingan pada satu masa, ini untuk mengelakkan daripada memutuskan sebarang tali.

    Setelah tali dilonggarkan, perlahan-lahan ketatkannya kembali ke pic yang lebih kurang betul (anda tidak perlu begitu spesifik pada penalaan pusingan pertama ini kerana tali anda perlu ditala semula sebaik sahaja anda menala tali anda yang lain). Apabila mengetatkan pasak anda, anda juga mungkin mahu menekan sedikit ke dalam, sambil menyokong dari arah bertentangan, ini bagi mengelakkan sebarang tali dari tergelincir.

    Ulangi proses yang sama untuk baki 3 tali selo anda yang lain, turunkan beberapa semiton dahulu, kemudian ketatkannya sehingga anda hampir mendapat pic yang dikehendaki.

    Sekarang mulakan sekali lagi dari tali C2 anda, buat beberapa pelarasan yang lebih kecil pada setiap tali dengan pasak penala anda.

    Akhir sekali apabila semua tali anda hampir menepati not sasaran mereka, gunakan penala halus anda untuk mendapatkan pic yang tepat pada tali anda.

    Mengapa selo saya tidak mahu kekal pada nada yang betul?

    Selo, seperti semua instrumen bertali yang lain boleh mengeluarkan nada sumbang dengan mudah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara yang paling biasa ialah:

    • Masa: Ini merupakan fakta yang agak jelas, jika anda tidak memainkan selo anda untuk seketika, kemungkinan besar ia akan berbunyi sumbang apabila anda memainkannya semula. Tali boleh mengendur dengan masa, jadi ia akan membuatkan instrumen anda mengeluarkan bunyi yang mendatar dan sedikit "mati". Jadi, jika anda memainkan selo anda kembali buat kali pertama setelah beberapa lama, ia adalah satu idea yang baik sekiranya anda dapat meluangkan sedikit masa untuk memastikan ia kembali ditala pada nada yang betul bagi memastikan instrumen anda dapat mengeluarkan bunyi yang terbaik.

    • Tali baru: Jika anda baru sahaja memasang tali baru pada selo anda, anda mungkin mahu memberikan sedikit masa buat tali baru untuk menetap di ‘rumah baru mereka’. Selalunya tali baharu boleh tergelincir daripada penalaan dan biasanya ia mengambil masa beberapa hari untuk tali-tali ini serasi dengan kedudukan mereka dan kekal dalam nada secara konsisten. Jika anda ingin mempercepatkan proses ini, kami mengesyorkan agar anda terus bermain dan sentiasa menala selo anda dalam masa ke semasa dalam tempoh ini.

    • Perubahan cuaca dan kelembapan: Badan selo diperbuat daripada kayu, yang boleh mengembang dan mengecut bergantung pada suhu di sekelilingnya, dan ini seterusnya dapat menjejaskan ketegangan tali selo, dan menyebabkan tali-tali ini lari dari nada mereka. Suhu optimum untuk penyimpanan selo ialah sekitar 70°F / 21°Cdengan kadar kelembapan antara 35%-50%.

    • Pasak tergelincir: Jika pasak selo anda tergelincir, ini akan menyebabkan tali anda berubah ketegangan dan oleh itu nada mereka juga akan berubah. Salah satu punca utama pasak tergelincir ialah perubahan kelembapan dan suhu, terutamanya jika kelembapan adalah sangat rendah dan sangat kering.

    • Penala halus yang tidak diselaraskan dengan betul: Adalah berbaloi untuk menyemak penala halus anda untuk memastikan ia telah dilaraskan dengan betul kerana ini juga akan menjejaskan nada selo anda. Jika penala halus anda tidak berfungsi seperti biasa, minta pertolongan pakar membaiki alat instrumen bertali (luthier) untuk melihatnya.

    • Jambatan selo berada pada kedudukan yang salah: Jika anda melihat jambatan selo anda condong ke arah papan jari, cuba luruskannya secepat mungkin. Ini boleh dilakukan samada oleh tukang alat instrumen bertali (luthier), atau jika anda berasa yakin untuk melakukannya sendiri, video ini mengandungi cara membetulkan jambatan selo yang mungkin dapat dijadikan panduan yang berguna.

    • Memeriksa dan menangani faktor-faktor di atas boleh membantu meningkatkan konsistensi penalaan selo anda. Adalah menjadi perkara biasa untuk menala selo anda dengan kerap (sebaik-baiknya setiap kali anda memainkannya) walau bagaimanapun, jika anda terus menghadapi isu penalaan, kami mengesyorkan \anda menghubungi tukang membaiki alat instrumen bertali (luthier) profesional bagi membantu anda memeriksa sekiranya terdapat masalah dalaman dengan instrumen anda.

    Bagaimanakah saya boleh menala selo saya dengan telinga?

    Menala selo anda dengan telinga adalah kemahiran yang bagus untuk dikuasai. Ia bukan sahaja kaedah yang baik untuk menguji pic anda, tetapi ia juga berguna sekiranya anda melakukan banyak persembahan secara langsung; iaitu jika anda bermain dalam band muzik, orkestra atau sesi ‘jamming’ di mana anda perlu menala tali di tempat persembahan, jadi ingat, telinga anda boleh menjadi alat penala yang terbaik buat anda!

    Selo, biola dan viola adalah antara instrumen paling sukar untuk ditala dengan telinga kerana ia tidak mempunyai fret, jadi bersabarlah dengan diri sendiri apabila anda sedang belajar menala instrumen ini dengan telinga. Ia akan mengambil sedikit masa untuk dikuasai, tetapi prosesnya benar-benar memberi kepuasan dan akan meningkatkan juga pemahaman anda berkenaan muzik dan nada.

    Ikuti langkah-langkah berikut untuk menala selo anda dengan telinga:

    1. Pegang selo anda sepertimana yang anda lakukan sewaktu bermain.

    2. Gunakan tangan kanan anda untuk memetik atau gesek tali selo anda, dan tangan kiri anda untuk melaraskan pasak penala atau penala halus anda.

    3. Mulakan dengan menala tali terendah ke C (C2 dari segi teknikal). Untuk mendengar rujukan tentang bagaimana not C2 harus berbunyi, anda boleh menggunakan Penjana Nada Dalam Talian kami yang sangat berguna. Anda juga boleh menggunakan metronom, garpu tala atau instrumen lain seperti piano atau selo (yang telah ditala) untuk memainkan not ini.

    4. Mainkan tali dan dengar not rujukan. Fikirkan: adakah tali saya berbunyi lebih tinggi (lebih tajam) atau lebih rendah (lebih rata) daripada not rujukan?

    5. Jika anda mendapati agak sukar untuk mengetahui sama ada tali anda perlu pergi lebih tinggi atau lebih rendah, anda hanya perlu gerak perlahan-lahan ke not yang lebih tinggi dan lihat sama ada bunyi tersebut lebih harmoni dengan not rujukan.

    6. Teruskan menala tali anda sehingga kedua-dua not menyalun bersama dan tali anda telah di talakan dengan sempurna. Ini mungkin mengambil beberapa ketika untuk dikuasai, teruskan belajar dengan perlahan-lahan.

    7. Sebaik sahaja anda telah menala tali anda kepada C, gerak perlahan-lahan dan mainkan not G (G2) dengannya, ini akan menjadi not rujukan anda untuk tali yang di atas. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan penjana nada kami untuk memainkan not G yang sempurna untuk anda gunakan sebagai rujukan. Ulangi proses menala tali anda dengan pasak penala/ penala halus yang sepadan sehingga not menjadi sepadan juga.

    8. Ulang kedua-dua langkah di atas untuk kedua tali anda yang lain, dengan menggunakan tali bawah yang digerakkan menuju not rujukan. Tala tali-tali ini ke D (D3) dan A (A3).


    Perlukan lebih bantuan untuk menala dengan telinga. Lihat video ini yang akan memberikan panduan mengenai proses ini.

    Adakah anda mempunyai penala untuk instrumen lain juga?