Penala Gitar Bes

Pin
Tune Up
Tune Down
Press Play Pluck a String All Tuned Up! Permission Required

Berikut adalah beberapa arahan yang boleh diikuti jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan:

  • 1
    Klik butang Main.
  • 2
    Klik “benarkan” jika anda melihat soalan dalam penyemak imbas bertanya sama ada halaman ini boleh menggunakan mikrofon anda.
  • 3
    Petik tali pada bes yang ingin anda tala, yang terbaik adalah dengan mulakan dari tali yang terendah iaitu E1 (tali yang paling tebal, dan terhampir dengan anda semasa bermain).
  • 4
    Gunakan pasak penalaan pada papan kepala gitar bes anda untuk mengetatkan dan melonggarkan tali mengikut keperluan sehingga ia memainkan not yang betul. Anda akan tahu jika tali anda telah ditala dengan sempurna apabila bulatan kelabu dan oren berada dalam keadaan sejajar.
  • 5
    Lakukan perkara ini pada setiap 4 tali anda yang lain sehingga semuanya dalam nada yang betul, adalah baik jika anda menyemak dua kali sebelum selesai kerana kadangkala tali boleh tergelincir semasa menala.
  • 6
    Sebaik sahaja semuanya telah ditala, sekarang anda boleh mula bermain gitar bes anda!

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak dapat berfungsi dalam Safari.

    Lebih Lanjut Mengenai Halaman Ini:

    Latar belakang gitar bes:

    Berbanding dengan gitar akustik, yang asal-usulnya boleh dikesan sejak beribu-ribu tahun dahulu, gitar bes elektrik adalah instrumen yang agak baru. Ia pertama kali dibangunkan di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an oleh pemuzik yang bernama Paul Tutmarc, yang ingin mencipta versi mendatar elektrik bagi bes tegak berganda yang menjadi asas kepada muzik popular pada masa itu.

    Pada tahun 1950-an syarikat gitar Fender mula menghasilkan ‘Fender Bass’, iaitu gitar bes elektrik pertama yang dihasilkan secara besar-besaran. Instrumen ini adalah lebih mudah untuk diangkut berbanding dengan bes tegak dan dengan itu dengan ia menjadi kegemaran pemuzik gig. Sejak itu, bes telah memainkan peranan penting dalam membentuk bunyi pelbagai genre muzik moden, menambah asas groovy kepada pelbagai lagu funk, reggae, rock, pop dan jazz yang tidak terkira banyaknya.

    Adakah bes ditala sama seperti gitar?

    Penalaan standard pada gitar Bes ialah E1 A1 D2 G2. Jika anda seorang pemain gitar, anda mungkin mengenali corak ini kerana ia sama seperti 4 tali pertama gitar dalam penalaan standard. Walau bagaimanapun bes ditala satu oktaf keseluruhan lebih rendah daripada gitar.

    Alat kami memfokuskan pada penalaan bes standard, namun jika anda ingin menala ke penalaan alternatif bes lain cuba penala kromatik kami yang membolehkan anda menala mana-mana not pada skala 12 not.

    Adakah bermain bes sama seperti bermain gitar?

    Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, 4 not terendah bagi gitar adalah cermin kepada 4 not pada bes. Ini menjadikan beberapa bentuk kord kelihatan seperti biasa dilihat jika anda mempunyai pengetahuan mengenai penalaan gitar standard. Walau bagaimanapun, memainkan bes secara amnya melibatkan teknik yang sangat berbeza daripada gitar.

    Sebagai contoh, pemain bes sering menggunakan instrumen mereka untuk menekankan corak irama yang kuat dan konsisten manakala pemain gitar mempunyai lebih banyak kebebasan untuk ‘strum’ dan /atau memetik dengan jari mengikut kehendak hati. Selain itu, dalam sebuah band, pemain bes biasanya bekerjasama lebih rapat dengan pemain dram untuk menubuhkan asas berirama bagi sesuatu lagu, sementara pemain gitar berinteraksi dengan instrumen lain dan mungkin lebih menumpukan pada mencipta melodi secara keseluruhan.

    Walaupun kedua-dua instrumen berkongsi persamaan yang jelas, gitar bes mempunyai kualiti uniknya yang tersendiri yang tidak dapat dinafikan, ia mampu menambah gabungan irama khas, groove dan funki secara umum kepada apa sahaja lagu yang ditampilkan, fikirkan cangkuk dalam lagu “Superstition”dari Stevie Wonder , lagu The White Stripes dari “Seven Nation Army”, lagu “Give up the Funk" dari Parliament malah tema daripada Seinfeld... adakah mana-mana lagu ini dapat menjadi sebaik itu tanpa elemen bes yang sempurna?!

    Saya ingin menala instrumen lain!