Tetapan Mikrofon Windows 8.1
Pertama sekali, Microsoft menerbitkan Windows 8.1 untuk menjadi lanjutan kepada Windows 8, dan ini termasuklah ciri dan keselamatan yang lebih baik. Oleh itu, amat disyorkan sekiranya anda menaik taraf Windows 8 anda kepada versi 8.1 jika anda masih belum melakukan perkara sedemikian. Berikut adalah senarai beberapa senario lazim yang mungkin anda alami. Hanya cari satu yang berkaitan dengan anda, dan klik padanya. Ini akan membawa anda kepada penyelesaian kes anda.
1: Semak untuk melihat sama ada mikrofon anda telah dikonfigurasikan dengan betul.
3: Mikrofon anda dapat dikesan tetapi tiada bar hijau muncul apabila anda bercakap.
4: Mikrofon anda tidak disenaraikan.
5: Masalah dengan pemacu audio: pilihan pencarisilapan
6: Masalah dengan pemacu audio: pilihan pemasangan manual.
Jika anda tidak dapat memilih yang berkaitan, hanya perlu ikut panduan ini dan pada satu ketika, masalah anda seharusnya dapat diselesaikan
1: Semak untuk melihat sama ada mikrofon anda telah dikonfigurasikan dengan betul.
Langkah 1: Gerakkan kursor tetikus anda ke sudut atas kanan dan alihkannya ke bawah untuk panel yang betul muncul. Kemudian klik Tetapan (Settings).
Langkah 2: Klik pada Panel Kawalan (Control Panel).
Langkah 3: Sebaik sahaja tetingkap Panel Kawalan muncul, klik pada Perkakasan dan Bunyi (Hardware and Sound).
Langkah 4: Klik Bunyi (Sound) untuk melancarkan pusat kawalan bunyi.
Langkah 5: Sekarang klik pada tab Peranti Rakaman (Recording Devices) untuk melihat senarai mikrofon anda.
Langkah 6: Sekarang anda akan melihat senarai peranti rakaman anda. Cuba bercakap ke dalam mikrofon anda dan cari bar hijau yang menaik (look for green bars rising) semasa anda bercakap.
Jika anda melihat bar hijau menaik apabila anda bercakap, ini bermakna mikrofon anda telah dikonfigurasikan dengan betul!
2: Anda dapat melihat bar hijau bergerak, tetapi komputer anda masih tidak dapat mengesan suara anda.
Jika mikrofon anda menunjukkan bar hijau tetapi anda masih tidak dapat menangkap suara anda, ini mungkin bermakna mikrofon anda telah berfungsi dengan betul tetapi komputer anda tidak dapat mengenalinya sebagai peranti rakaman lalai anda.
Oleh itu, anda harus melakukannya sendiri dengan mengklik kanan padanya dan kemudian klik Tetapkan sebagai Peranti Lalai (Set as Default Device), dan mulai saat ini, komputer anda akan menganggapnya sebagai mikrofon pilihan anda apabila ia perlu merakam audio
Jika bar hijau menaik apabila anda bercakap ke dalam mikrofon anda tetapi komputer masih tidak mengesan suara anda, ini mungkin menunjukkan yang mikrofon anda berfungsi tetapi tidak ditetapkan sebagai peranti rakaman lalai anda.
Untuk mengesetnya sebagai peranti lalai anda, hanya klik kanan pada peranti anda dan pilih tetapkan sebagai Peranti lalai (set as Default Device). Komputer anda kini akan mengenalinya sebagai mikrofon pilihan anda apabila ia perlu merakam audio.
3: Mikrofon anda dapat dikesan tetapi tiada bar hijau muncul apabila anda bercakap.
Lihat sekiranya anda dapat mengenali mikrofon anda dalam senarai peranti yang ditunjukkan, dan ikuti arahan seterusnya untuk peranti itu. Jika ia masih tidak berfungsi atau anda tidak pasti peranti yang mana adalah mikrofon anda, ikut semua arahan bagi setiap peranti satu demi satu.
Langkah 1: Klik kanan pada mikrofon anda dan pilih Tetapkan sebagai Peranti Lalai (Set as Default Device). Ambil perhatian jika anda hanya mempunyai satu peranti rakaman dalam senarai, ia akan ditetapkan sebagai peranti rakaman lalai secara langsung dan anda tidak akan dapat melihat sebarang opsyen, jadi anda perlu langkau ke langkah seterusnya.
Langkah 2: Klik dua kali pada peranti dan dalam tetingkap yang muncul klik pada tab Aras (Levels).
Langkah 3: Seret peluncur "Mikrofon" sepenuhnya ke kanan, sehingga aras ditetapkan pada tahap ‘100’. Seret peluncur Perangsang Mikrofon (Microphone Boost) untuk menjadikannya di atas purata, mungkin sehingga mencapai tahap maksimum jika diperlukan.
Langkah 4: Sekarang klik pada tab Lanjutan (Advanced) dan nyahtanda pilihan Benarkan aplikasi mengambil kawalan eksklusif peranti ini (Allow applications to take exclusive control of this device). Ini akan memastikan yang tiada aplikasi dapat mengawal mikrofon anda dan meredamkannya dengan sengaja. Selepas itu, klik Gunakan (Apply) then dan kemudian Ok.
Langkah 5: Sekarang semak semula untuk melihat jika terdapat bar hijau yang menaik apabila anda bercakap dengan mikrofon. Jika ada, mikrofon anda kini telah dikonfigurasikan dengan betul.
Jika mikrofon anda tidak berfungsi dalam program tertentu, anda sekarang tahu yang Windows telah dikonfigurasikan dengan betul dan boleh "mendengar" mikrofon anda, tetapi program yang anda gunakan tidak boleh. (untuk mengesahkan ini, semak mikrofon anda dengan alat ujian mikrofon kami - dan anda akan dapat melihat penyemak imbas dapat mengesan input daripada mikrofon).
Dan juga, program yang anda sedang gunakan mungkin mengesan mikrofon yang salah. Cuba teroka tetapan audio dan tukar peranti rakaman lalai. Jika anda masih tersekat pada bahagian ini, anda harus menghubungi pasukan sokongan untuk membimbing anda untuk menyemak konfigurasi.
4: Mikrofon anda tidak disenaraikan.
Langkah 1: Mari mulakan dengan menyenaraikan semua peranti rakaman anda, termasuk yang dinyahupaya, iaitu dengan mengklik kanan di kawasan kosong dalam senarai peranti rakaman dan mendayakan kedua-dua arahan Tunjukkan Peranti Kurang Upaya (Show Disabled Devices) dan Tunjukkan Peranti Terputus Sambungan (Show Disconnected devices).
Jika mikrofon baru muncul, cuba dengan tetapkan ia sebagai lalai dan tingkatkan aras dan rangsangkan seperti yang dijelaskan sebelum ini.
5: Masalah dengan pemacu audio: pilihan pencarisilapan
Antara kemungkinan lain adalah anda mempunyai masalah dengan pemacu audio anda. Kita boleh mula dengan mengenalpasti masalah tetapan audio dan jika ini tidak berhasil, kita boleh memasang semula pemacu. (lihat kes seterusnya)
Bagaimana cara untuk menggunakan pencarisilapan untuk menyelesaikan masalah:
Langkah 1: Buka Panel Kawalan (Control Panel) dari tetingkap kanan seperti yang kami nyatakan sebelum ini.
Langkah 2: Taipkan pencarisilapan dalam bahagian carian dan kemudian klik pada Pencarisilapan (Troubleshooting). .
Langkah 3: Sekarang klik pada Pencarisilapan rakaman audio (Troubleshoot audio recording).
Langkah 4: Dalam tetingkap yang akan muncul, klik Seterusnya (Next) untuk memulakan prosedur penyelesaian masalah.
Langkah 5: Beri sedikit masa, ia bergantung kepada bilangan peranti rakaman yang anda miliki.
Langkah 6: Sekarang pilih peranti yang bermasalah dan kemudian klik Seterusnya (Next). . Tangkap layar yang ditunjukkan hanya mewakili kes saya, anda perlu memilih sendiri peranti anda yang bermasalah.
Teruskan mengikuti langkah-langkah berikut sehingga pencarisilapan selesai. Kemudian semak mikrofon anda sekali lagi untuk melihat sekiranya masalah yang anda hadapi telah diselesaikan.
6: Masalah dengan pemacu audio: pilihan pemasangan manual.
Jika opsyen pencarisilapan tidak berhasil, cuba gunakan langkah di bawah untuk mengemas kini/memasang pemacu audio anda secara manual.
Langkah 1: Buka Panel Kawalan (Control Panel) dari tetingkap kanan seperti biasa.
Langkah 2: Cari dan kemudian klik pada Pengurus Peranti (Device Manager).
Langkah 3: Sebaik sahaja Pengurus Peranti (Device Manager) muncul, kembangkan Pengawal Bunyi, video dan kawalan permainan (Sound, video and game controllers). Klik kanan pada peranti Audio Definisi Tinggi (High Definition Audio device) dan kemudian klik Kemas Kini Perisian Pemandu… (Update Driver Software).
Langkah 4: Sekarang pilih untuk semak imbas komputer saya untuk perisian pemandu (Browse my computer for driver software.)
Langkah 5: Di bahagian bawah, anda akan berjumpa pilihan: Biar saya pilih dari senarai pemacu peranti pada komputer saya (Let me pick from a list of device drivers on my computer) .
Langkah 6: Pastikan untuk menanda Tunjukkan perkakasan yang serasi (Show compatible hardware), kemudian pilih Peranti Audio Definisi Tinggi (High Definition Audio Device) dan akhirnya klik Seterusnya (Next) .
Langkah 7: Jika anda mendapat amaran ini, hanya klik Ya (Yes). Anda tidak perlu risau sama sekali, kerana mikrofon anda sememangnya tidak berfungsi!
Langkah 8: Itu sahaja, pemandu telah berjaya dipasang. Anda boleh klik Tutup (Close) sekarang.
Sangat disyorkan agar anda memulakan semula komputer anda selepas sebarang perubahan pemandu kerana beberapa perubahan tidak akan berlaku sehingga anda melakukan langkah ini.
Beberapa tip terakhir:
Pastikan anda gunakan hanya mikrofon/set kepala yang betul dan serasi dengan peranti anda:
- 2x1 3.5 mm bicu (Audio + mikrofon ) hanya serasi dengan komputer yang mempunyai satu port set kepala.
- 2 bicu 3.5 mm berasingan (satu untuk audio dan satu untuk mikrofon) hanya serasi dengan komputer yang mempunyai dua port berasingan: satu untuk audio dan satu untuk mikrofon.
- Pastikan anda tidak meredamkan mikrofon anda secara tidak sengaja. Sesetengah mikrofon mempunyai peluncur fizikal bagi kelantangan bunyi atau butang bisu.
Jika anda fikir masalahnya adalah berpunca daripada kad bunyi anda, atau jika anda telah mencuba semua langkah di atas dan tidak ada satupun yang berhasil, anda sentiasa boleh membeli kad bunyi luaran. Ini boleh disambungkan ke komputer anda melalui USB dan kemudian anda boleh pasangkan mikrofon anda kepadanya.