Penguji Alat Kawalan
Gaya PS5
Gaya Switch Pro
Gaya Xbox
Jika anda tidak pasti, pilih sahaja ikon yang paling menyerupai alat kawalan anda.
Paparan:
Pengukuran
Akselerometer
Giroskop
Output
Bunyi Getaran:
Picu alat kawalan:
Mulakan Ujian Alat Kawalan dengan Pantas
- 1Pastikan alat kawalan anda disambungkan kepada komputer, telefon bimbit atau tablet. Sama ada menggunakan kabel atau sambungan bluetooth.
- 2Di bahagian atas halaman ini, klik salah satu daripada tiga ikon. Pilih ikon yang paling tepat bagi mewakili alat kawalan yang sedang anda uji.
- 3Kemudian klik pada mana-mana butang yang terdapat pada alat kawalan anda. Anda sepatutnya melihat butang jingga yang memaparkan perkataan ‘Mula Ujian’ muncul.
- 4Klik butang ‘Mula Ujian’!
Jika model 3D yang muncul pada skrin bertindak balas dengan betul mengikut tekanan butang anda, alat kawalan anda sedia untuk digunakan!
Panduan penyelesaian masalah
- Jika anda telah menekan butang pada alat kawalan anda tetapi butang jingga untuk ‘Mula Ujian’ tidak muncul, pastikan sambungan alat kawalan ke komputer adalah betul.
Jika ia sudah disambungkan tetapi masih tidak berfungsi, cuba segarkan semula halaman, atau sambungkan alat kawalan anda ke komputer menggunakan cara lain (bluetooth/USB).
Soalan Lazim
Alat kawalan mana yang serasi dengan alat penguji ini?
Apa jua jenis alat kawalan yang boleh disambungkan ke komputer anda boleh diuji dengan alat ini. Jangan terkeliru dengan gaya visual ilustrasi alat kawalan seperti Joy-Con Switch atau alat kawalan pihak ketiga. Ia juga tetap boleh berfungsi dengan baik.
Cuma pilih ikon yang paling menyerupai alat kawalan anda, dan ujian kami akan mengendalikannya dari situ.
Jika anda menghadapi masalah, sila hubungi kami.
Mengapa butang yang muncul di bahagian tepi alat kawalan berbeza-beza bergantung pada jenis alat kawalan yang saya pilih?
Butang yang anda lihat boleh berubah mengikut jenis alat kawalan yang dapat dikenal pasti oleh ujian kami. Jadi, sebagai contoh, jika anda menggunakan alat kawalan PS5, kami akan memaparkan pilihan untuk alat tersebut yang mungkin tidak wujud pada alat kawalan XBOX, seperti ujian giroskop atau cahaya alat kawalan.
Adakah terdapat keperluan minimum?
Ujian ini sepatutnya berfungsi pada semua pelayar moden.
Kenapa saya tidak boleh bermain sahaja permainan dan memeriksa fungsi alat kawalan dengan cara begitu?
Ujian kami akan sedaya upaya membuat pemeriksaan penuh bagi semua ciri yang terdapat pada alat kawalan anda. Anda mungkin tidak mempunyai permainan yang menggunakan semua fungsi alat kawalan pada masa yang sama - tetapi ujian ini boleh melakukannya.
Apa yang berlaku kepada ujian lama?
Kami telah membangunkan ujian baharu yang kini boleh menguji fungsi giroskop dan ciri-ciri lain pada alat kawalan, dan itulah yang anda dapat lihat di sini. Jika anda memerlukan ujian lama atas apa-apa sebab, sila klik di sini. Kami belum menterjemahkan ujian baharu ini ke bahasa lain lagi, tetapi ia akan tersedia tidak lama lagi.
Ada ciri penting yang tiada dalam ujian anda!
Alamak… Maklumkan kepada kami dengan segera di sini.
Ada sesuatu yang tidak berfungsi dalam alat ujian anda!
Sama juga: sila maklumkan kepada kami.
Maafkan saya, tetapi bukan semua permainan saya mainkan dengan alat kawalan!
Lihat ujian papan kekunci dan ujian tetikus kami untuk semua keperluan WASD anda.
Apakah 4 permainan kegemaran anda?
Tanpa mengikut turutan tertentu, saya dapat katakan seperti berikut:
- Portal 2
- Celeste
- Zelda: BOTW
- Outer Wilds